PLANING PENING

salam suma...

aduh apa pasal la minggu ni aku rasa macam tak cukup waktu jea weh... 24jam rasa macam 4jam jea yang 20jam gi tuh dah menghilang entah kemana pun aku tadak ketahuan... nak jejak kaki kat tanah pun rasa cam tak cukup jea bila kebzian berada di tahap maximum giler babas nih... otak pun dah semput sempit fikiran apatah gi serabai giler babeng terhimpit2 bukan nasi himpit k..... memang tension tol dah la keje welfare jea..huhuhu... ok lah aku tanak bebel gi pasal 10sion nih bcoz aku dah pos n3 sabut serabut aku doh... nak tau lanjut baca lah weh...
.............................................................................

sory sangat2 pada suma kalau aku tak dapat menyekodeng blog lu orang suma kerana aku memang tak berkesempatan kerana masa yg amat2 lah cemburu kan aku meluang kan masa bersama ko suma.... aku sempat baca jea n3 korang tapi komen tuh ada yg aku sempat balas and ada yg aku tak sempat balas... minta maaf banyak2 yea suma...

.........................................................................................

3mgu yg akan datang nih aku akan berada dalam tahap kebzian yang teramat2 sangat... so aku tak tau lah ruangan yang ada untuk aku menjadi blogger pd minggu2 akan datang nih weh... aku kena setle kan beberapa perkara yang aku terpaksa buat demi masa depan aku.... aku perlu korban kan sedikit waktu utk berhoye2 berbloge2 berkomene ber segala ber lah... kalau aku ada masa aku akn cuba update ok... aku akn cuba cri masa kalau tak der gak aku curi lah sikit2 masa.... ok aku pun tak tau apa yg aku mepek bukan mkn kepek lor kat sini aku pun tak tau....ngengenegenegeng penig kpala aku doh.... dah macam trafic light jea..huhuh

...............................................................

sebenar nya aku ada perkara lain nak gi tau nih tapi aku rasa macam tak sempat jea... so aku nak minta tolong ko suma untuk buat satu undian nih.. no bias ok... ko suma perlu baca suma nih and compare lah yg mana satu ko rasa bes.. then aku lak akan buat keputusan... ok... sebenar nya aku dah ada kata putus cuma nak kan pandanngan dari ko suma lak... vote ok dalam luahan di bawah nih lepas ko suma habis baca... kerja sama suma amat2 lah aku hargai.... and thanz...

=============================================

1ST PERMOHONAN
Rizputra7
Syarikat Komputer,
Kuala Kangsar, Perak
Malaysia

sayu=pilu
http://berpusinglahroda.blogspot.com/
aygsyg26@yahoo.com
malaysia ............

25 September 2009

cik sayu=pilu yang ayu lagi cun.

PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN CALON SUAMI

Merujuk perkara di atas saya rizputra7 yang tinggal di Kuala Kangsar,Perak ingin memohon menjadi calon suami kepada cik sayu=pilu..

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota kekosongan calon suami ditempat hati saudari sayu. Untuk pengetahuan pihak cik sayu, saya seorang calon yang bermutu tinggi yang telah mendapat pengesahan dari pihak Sirim…

3. Saya berharap agar permohonan saya ditimbang dan disukat secukup rasa..

Sekian terima kasih.
Yang benar,
Rizputra7
...........................................................................................................................

lampiran A

nama: Rizputra7
alamat: Kuala kangsar,Perak
beday: 7/9/….
pekejaan: perkerja terbilang
kewangan: kukuh setelah dikonkrik oleh mat indo2 ditapak pembinaan
taraf hidup: cemerlang
kelebihan: hensem
kekurangan: kurang hensem
kecatatan: ada parut sikit2 jer
kesempurnaan: perfect
keimanan: tengah menuntut ngan pak imam
....................................................................................................................................
sayu=pilu
http://berpusinglahroda.blogspot.com/
aygsyg26@yahoo.com
25 September 2009

Kepada Cik Sayu

Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya hanyalah seorang insan hina pada pandangan Fahrin Ahmad yang mengumpamakan saya seperti Mat Bangla..Oh,harap maaf.Terlupa pula saya bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat selalu.

Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal kemudian hari jikalau tidak memilih saya sebagai teman hidup.
Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 26 tahun.Saya mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saya dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di merata-rata tempat di kelantan.Kata ibu dan Teman2 serapat saya,Rupa saya saling tak tumpah macam Farid Kamil…hohohho
Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini sudah hampir 5 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Sayu sudi)
Cik Sayu,Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya dengan harapan agar dapatlah Cik Sayu pertimbangkan untuk dijadikan pilihan hidup Cik.

Nama : Rizputra7
Umur : 26 tahun
Alamat : Kuala Kangsar Perak..
Makanan Kegemaran : Nasi AyamMinuman Kegemaran : Teh Tarik
Hobi : Sepak Bola
Cita-Cita : Menjadi pemain bola sepak pasukan Arsenal
Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari

Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan berputih mata.
Pecah kaca pecah gelas,Sudah baca harap balas.

Ikhlas,
Rizputra7
===================================================
2ND PERMOHONAN
anaklaut
Assalamualikum...

Nama : Anaklaut
Alamat: Istana Anaklaut,
Seremban,
Negeri Sembilan.. Tarikh : 25hb Sept.2009


PERMOHONAN MENJADI CALON SUAMI

Pekara di atas adalah dirujuk;-

2. Penyertaan saya untuk permohonan calon suami dengan rasminya saya hantar untuk tindakan cik sayu=pilu.

3. Kerjasama cik sayu=pilu adalah diharapkan untuk meneliti permohonan saya ni..


sekian, terima kasih,
anaklaut
sk: Tok Kadi Malaysia..


ANDAINYA KU MENJADI SUAMIMU SAYU PILU......:( AYAT MENGAYAT NIH..)

sayangku sayu=pilu, ini lah kata-kata ataupun ayat power anaklaut...

dan di malam pertama itu aku akan berwuduk bersama mu, sujud pada yang memberi rahmat. Bersimpuh bersamamu dalam curahan kasih sayangNya. Dan dikesyahduan malam itu kita berdoa dan munajat kesyukuran tanda bermulanya kehidupan baru dua susuk tubuh kita yang sama cinta dan cita untuk membina madrasah dakwah yang akan diisi dengan cinta dan api perjuangan.

sayangku Sayu=Pilu,

Alangkah indah malam ini dindaku setelah kita lalui onak onak dan sembilu sembilu jalan dan menahan perasaan dan rindu sebelumnya akhirnya kebenaran cinta itu diizinkan Allah dan di raikan bagai mempelai langit yang ditaburi bintang yang menebar ketenangan dan kedamaian. Bintang bintang itu menggoyangkan pelupuk matanya agar tenggelam membiarkan kita berdua berkongsi alam semesta ini.

Akan ku kucup ubun ubunmu dindaku mengambil sunnah Nabiku dan ku letakkan telapak tangan ku di ubun kepala mu lantas aku berdoa agar kau akan jadi peneman hidupku dalam perjuangan ini dan agar Allah memberikan sakinah warahmah dalam bahtera perjuangan kita. Aku tak tahu, apakah perasaanmu tika itu? Tapi akan kulafazkan perkataan yang selama ini kusembunyikan dari mu bahawa ” Aku mencintaimu” Mencintaimu sebelum kau mengenal aku...

sayangku, sayu=pilu,

Dindaku akan ku renung matamu sepuasnya dan akan ku minta bai’ah dari mu, supaya kau taatkan aku selagimana aku taatkan Allah. Agar kau bantu aku dalam kelemahan dan kedaifanku. Akan ku minta janji dari mu agar kau sentiasa bersama ku dijalan dakwah ini, didalam perjuangan ini dalam susah dan senang dan akan ku minta janjimu agar kita dapat melaksanakan taklif rabbani ini bersama tanpa ada mujadalah dikemudian hari.

sayangku, sayu=pilu,

Dindaku, aku berjanji pada mu dengan nama Allah bahawa aku akan menjagamu sekudratku. Akan ku jalankan tanggungjawabku sedayaku. dan akan kucurahkan sepenuh kasih sayangku padamu seikhlasnya agar kau dapat merasai manisnya bersamaku.

Dindaku, akan ku isi malam ini dengan bercerita denganmu tentang diri ku, kehidupan, perjuanganku sebelumnya, agar kau mengerti bahawa aku bukan sahaja milikmu tapi milik ummat ini dan dikemudian hari, aku tidak mahu ada kekhilafan antara ini yang akan membuka ruang ruang syaitan untuk berkongsi cinta dan merobohkan kasih sayang kita.


Dindaku, akan kuceritakan juga kelemahan kelemahan ku sejujurnya pada mu kerana saat ini kau adalah sebahagian dari jasad dan jiwaku. berkewajipan bagi mu menutup aib aib ku. Membantu aku dalam memperbaiki qualiti syaksiyahku. Akan ku sembunyikan kelebihan kelebihan ku agar kau dapat rasai apabila hidup bersamaku agar aku tidak bersifat riya’ dan sum’ah denganmu.

sayangku, sayu=pilu,

Dindaku, akan ku minta kau menceritakan perihal dirimu, kemahuanmu dan cita citamu terhadap diriku. Agar aku dapat menyempurnakan hajat hajat mu, cita citamu supaya kasih sayang ini mewangi selalu …

Dindaku, akan kuceritakan padamu impianku untuk melahirkan rijal rijal dari rahimmu yang akan mewarisi darah perjuangan kita supaya apa yang telah kita lalui ini tidak akan putus selamanya …

Dindaku, ketahuilah bahawa aku bukan sahaja ingin hidup dan menongkah badai dakwah dan bahtera rumahtangga bersamamu didunia ini sahaja tetapi aku ingin hidup bersamamu diAkhirat. Di alam abadi meneguk sejuk sejuk syurga, bermandi embun embun kasturi, bermain burung burung hijau menghirup rahmat Allah dan berpelukan bersama melihat wajah Allah yang teramat nikmat seperti yang telah dijanjikan bagi setiap hambaNya yang berjuang diatas jalannya …

Itulah janji seandai aku suamimu …dan aku akan terus sabar menanti saat saat itu sekali pun tak pasti …..dan sekiranya takdir meragut cinta ku …dan penantian mengkhianati aku

aku juga akan terus bersabar dan terus berjalan menyusuri perjuangan yang masih panjang ini dan bidadari ku diakhirat pasti menantiku walau pun tidak engkau dinda ku dan dan Allah tidak akan memungkiri janjinya …..

Dindaku sayu= pilu, sudilah ku menjadi suamimu.....


Biodata:
Nama : Anaklaut
Pekerjaan : Guru
Pendapatan : RM 10,000 ( gaji guru dan bisnes kecil-kecilan)
Taraf Hidup : Biasa saja...sederhana..
Kekurangan : tak ada isteri..
Kelebihan : nanti tahu la nanti..
Kecacatan : tak ada
Keimanan : terjamin..tak terpesong ..
Sijil : : nanti kwin ada la sijil nikah..


==========================================
3RD PERMOHONAN
beskot
Warkah buat Sayu=Pilu
sayu=pilu
Malaysia: (nk kne isi ape sbenanye kt sini??) Tarikh: 30 Sep 09
Cik sayu=pilu yg ayu lg cun melecun (bkn mercun tau)
PERMOHONAN MENGISI KEKOSONGAN (CALON SUAMI);
Merujuk perkara di atas, aku En.Beskot telah tertarik untuk memohon mengisi kekosongan tersebut. Ku harap, kau wahai ciksayu akan membacanya sehingga ayat yang terakhir. Tujuan utama aku menulis warkah ini adalah kerana ingin memberitahu bahawa aku telah jatuh hati padamu. Ingin rasanya ku menyunting diri mu menjadi permaisuri hatiku.
---
Ya..aku tahu masih terlalu awal untuk kau menerima cintaku. Memang kita berdua baru sahaja berkenalan, tapi itu tidak menjadi penghalang untuk aku mencintaimu. Aku tidak pernah bersua muka dengan mu. Kau jua begitu. Hanya melalui kata-kata mu di alam maya ini sudah cukup untuk membuat ku jatuh hati. Aku tahu kau masih berduka. Aku juga tahu kau sedang terseksa. Luka yang menghiris hatimu masih belum sembuh sepenuhnya. Kau merasa kehilangan bukan??. Janganlah kau meratapi pemergian. Apa yang berlaku itu semuanya suratan. Aku juga pernah kehilangan. Aku juga pernah berduka dan aku juga pernah terseksa. Namun, aku bingkas bangun. Pemergian itu tidak ku ratapi berpanjangan kerna ku harus gagah meneruskan perjalanan. Mungkin kerana kau seorang wanita, amat sukar untuk menghadapinya. Memang wanita itu lembut perwatakannya. Tetapi ingatlah yang disangka lembut itu tetap bisa menggoncang dunia.
---
Izinkanlah diriku mengubati luka mu itu. Mungkin aku tidak dapat menandingi si dia yang pernah bertakhta di hatimu suatu ketika dahulu. Namun, jika diberi kesempatan, aku ingin mencuba untuk membahagiakan kamu. Susah bukan untuk kau mempercayai kata-kata ku ini??. Tidak mengapa. Aku faham. Bukan mudah untuk menerima pengganti setelah insan yang disayangi berlalu pergi meninggalkan diri sendiri. Aku tidak mahu memaksa. Cinta yang lahir kerana terpaksa tidak akan kemana-mana. Andai perlu diriku menunggu cinta darimu, akan ku tunggu dengan penuh setia tanpa rasa jemu. Kerana aku yakin, kau lah cinta sejati ku. Cuma satu yang ku pinta, bukakan lah pintu hati mu untuk menerima cinta yang kedua. Kerna setiap insan itu berhak untuk merasa bahagia. Aku akui bahawa aku bukan dari kalangan orang berada. Dan aku juga tidak punya paras rupa yang bisa mencairkan hati para wanita.Tapi, cuma satu yang ingin ku kata.. aku pencinta yang setia. Cinta sejati tidak lahir berlandaskan harta benda. Ia juga tidak lahir berdasarkan paras rupa. Tetapi ia lahir dari dua hati yang ikhlas untuk saling menyayangi dan mencintai.
---
Hanya ini yang ingin ku kata. Segala isi hati yang lama terbuku telah ku luahkan semua. Aku harap kau dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya. Ambillah seberapa banyak masa yang diperlukan. Kerana hal ini melibatkan dirimu dan juga masa hadapan. Apa jua keputusan mu nanti, ku akur sepenuhnya dengan hati terbuka. Aku tidak kisah siapa, kerna aku hanya ingin melihat kau bahagia. Tetapi andai kau memilih ku, akan ku cuba untuk menukar sayupilu itu kepada ceriaselalu.. =)
--
Dariku,
Insan yang amat menyintaimu..
.........................................................................................
Lampiran A
Nama: En.Beskot.
Alamat: No. 3, Jalan Batu, Kampung Badak.
Tarikh lahir: 10hb
Pekerjaan: Aku hanya Penganggur Jalanan.
Kewangan: Masih belum stabil.
Kelebihan: Tidak layak untuk aku memperkatakannya. Biarlah mereka diluar sana yang berbicara.
Kecatatan: Aku agak keliru untuk mengisi ruangan ini samada ia inginkan jawapan untuk kecatatan ataupun kecacatan. Jika kecatatan, inilah yang sedang aku lakukan. Tetapi jika kecacatan, aku hanya berkaca mata.Kesempurnaan: Tiada manusia yang sempurna. Aku jua begitu.
Keimanan: Masih belum cukup tapi aku sedang belajar untuk meningkatkannya.
...........................................................................................................................
Lampiran B
Sijil Lahir (Surat Beranak).
Sijil Tabika Perpaduan Rukun Tetangga.
Sijil Derma Darah.
Sijil Program Latihan Khidmat Negara.
-----------------------------------------------------------------------------
****aku tau korang dah baca... so tak perlu baca jus undi saja ok... vote kan kt bahagian komen ok.. tq suma....
******riz putra-beskot-anaklaut: anda betiga terkeluar dr sesi mengvote ini wookkkwh..... komen anoy tak di pakai..hahaha... tapi korang leh minta meke undi ko.. ok...
**
p/s: aku akan buka undi nih selama 3 hari stat esok RABU 14/10- KHAMIS 16/10 (TEPAT 12TGH MLM)...... sekian saja..sory nih lah n3 aku yg paling panjjjjaaaaaaaaaannggggggggggggggg...agagagagaga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

24 Response to "PLANING PENING"

  1. lumut says:
    10/13/09, 11:16 PM

    aku vote anak laut.

    tapi rizputra nye pecah prut gelak.

    tpi ber_uwang punye tetap best,haha

  2. sayu=pilu says:
    10/13/09, 11:29 PM

    lumut..beskot punya ko tetinggal erk...

  3. Jalaks says:
    10/13/09, 11:35 PM

    aku baca beskot punye sahaja..jadi aku undi beskot..sbb ..die kawan aku..tu jer..nampak bepengaruh sket..wakaka..

  4. sayu=pilu says:
    10/13/09, 11:45 PM

    ko memang jalak... hehe sharing is caring erk...hehehe

  5. lumut says:
    10/13/09, 11:51 PM

    nape lak beskot ngah angau?haha..
    aku tak nak undi die.lantakla.=p

  6. mamai says:
    10/14/09, 12:17 AM

    susah palcik nak undi semua best kalau ambil tiga-tiga sekali boleh tak...

    tapi hati pakcik kata budak rizputra tu mengancam la....sesuai gitu.

    pakcik kena baca lagi nie

  7. Anonymous Says:
    10/14/09, 12:43 AM

    aku vote anak laut

  8. imHepPie says:
    10/14/09, 1:23 AM

    aku vote rizputra la..

    tpi kalo yg ko xnak tu pass ke aku eh lalala~

  9. sayu=pilu says:
    10/14/09, 12:08 PM

    lumut: ada rahsia weh..nanti aku minta izin beskot lu then citer kat ko...hehehe

    mamai: senang jea pokcik kan raja chenta msti leh judge..
    baco eh pokcik

    ah fatt: wokkeh

    imheppie: wokkeh..akan ku pasing pd ko...

  10. Anem Arnamee says:
    10/14/09, 2:18 PM

    sALAM...

    eheh, anem vote anak laut.
    tapi terlalu up2 bahasanya,
    takut manis bicara, yang penting bukti
    perlakuan, namun jika hati merasa dekat, dan berteraskan keimanan, insyaallah la.

    ekek, comey jer entri neh;p

  11. hysman says:
    10/14/09, 2:53 PM

    vote for sayu=pilu..
    ehee

  12. Seroja Jingga says:
    10/14/09, 9:53 PM

    dik oi!
    lawak gile dorang nih
    akak suggest kamu bagi kat akak je lah anak laut. yang lelain tu kamu undi dgn dadu! akak pun single gak nih
    hahahhahahahh

  13. beruwang Says:
    10/14/09, 11:45 PM

    undi lah den...

  14. Anonymous Says:
    10/15/09, 12:44 AM

    kakaka..
    klaka la k.jingga nih..
    sayu..
    bg anak laut kt k.jingga plz..
    plz sayu..
    hehe..

    ak rs ko patut trima borang ber_uwang la..
    sian dia..
    hehe..

    -beskot
    *ak bkn nk raih undi tau..hoho

  15. anaklaut says:
    10/15/09, 1:19 AM

    Pengumuman: Buat Sayu Pilu.

    saya tarik diri daripada menyertai contest ini..


    terima kasih,

    anaklaut

  16. sayu=pilu says:
    10/15/09, 1:26 PM

    arnamee: wokkeh... setiap orang ada rahsia nya buat insan yg tersayang...

    budak kentang: adeh asal aku lak di vote nih... undi rosak lah camnih...hehe

    seroja jingga: wokkeh kakjingga.. nanti sayu tlg gi pinang al buat kakjingga...:)

    beruwang: pokcik terlewat tapi tunggu ada surprise bt pokcik...=P

    beskot: set nanti nk gi minang al bt kakjingga..ko jdi tekong bebalas pantun yea beskot...kihkih

    al: ala napa lak al..tak bes lah..ramai yg vote tuk al..jgn hampa kan meke..

    sayu tak nak terima penarikan diri nih leh x???

    huhuhu speechless bila tima msg al nih:((((((

  17. MOMMY CGG says:
    10/15/09, 3:34 PM

    GAGAGAGA:)
    mIEZ UndI tiga2 SEbab tIga2 mIeZ KAWAN:)
    haha:)

    jawapan selamat:)

  18. sayu=pilu says:
    10/15/09, 4:25 PM

    miez hanem: ko mana aci cm tuh weh..undi rosak lah nati..hehehe

  19. lumut says:
    10/15/09, 5:27 PM

    weh sayu..
    ape rhsianyerr???????
    aku nak tau neh..
    jgn wat aku ternanti2..

    pe cetr nye..nak tau!

  20. rizputra7 says:
    10/15/09, 8:41 PM

    undi ler pok cik den

  21. sayu=pilu says:
    10/15/09, 9:51 PM

    lumut: ada ler ko nak tau kena tunggu weh..hehehe

    rizputra7: pokcik ko yg mna lak weh
    hehehe

  22. Daun says:
    10/15/09, 10:00 PM

    memula baca nak vote anak laut. nak tengok dia boleh deliver tak apa yang dikata. tapi bila anak laut tarik diri... kecewa....

  23. sayu=pilu says:
    10/16/09, 12:02 AM

    huhu tuh la napa al tarik diri tak dapat di kenal pasti.. mayb tempoh masa contes nih lama kot... buat orang tertanya2..


    sory yea suma yg terlibat yg melibat kan diri... ada masalah yg tak dapat di elak kan

  24. joegrimjow says:
    11/2/09, 7:34 AM

    awat ku tak tau ada contest ni????