KUATA KUATO KU TAK RELA

salam...

tadi kat opis Tuan Aji ada bg kad kat suma staff kat department aku... ada 6 orang staf jea pun..hehehe... aku 1st time dulu terkejut beruk nasib bek jadi manusia gi... ada open house hari khamis nih kat rumah sorang bisnes partner dia.. so dia jemput lah kitaorg yang da kat situ... dia nak bagi aku satu kad but i reject it... aku bukan nya leh gi pun so membazir jea kasi kad kat aku lebih baik kasi pada orang yang nak gi jea...hehehehe..... bisnes partner dia dah cukup kan kuata kuato dia... hurm orang ada kemampuan zahir and batin so no hal lah beb bila dia nak cukup kan kuata tuh... dorang siap lah wak kuar crite pasal bisnes partner Tn Aji... gosip liar and 18sx... aku tahan telinga jea dengar nak ketawa malu beb (senyum kambing jea) so aku ketawa dalam hati jea la...

akak a: sipolan tuh dah cukup kuata dia
akak b: hurm kalu tak aku leh masuk line sama...gelak heheheh
akak c: tak nak lah... hahaha tak tingin sikit pun jadi madu
akak a: hurm sipolan pandai berkata2 ayat manis dari bibir nya.. aku pun bisa terpaut
kihkihkih...gelak manja gitu
akak b: hurm tak dan wei lambat sangat hehehe
akak c: hamap dua la...
aku: diam pandang muka sorang2 sambil senyum kambing..ngehngehngeh...


ni pokcik google kasi kat aku.... ni lah idea orang laki yang nak cukup kan kuata yang ada tuh... sure kasi alasan nih doh tapi kena = 1more gi baru tol2 cukup kuata

rupanya kata2 manis lelaki bisa mencair kan hati and jiwa wanita.. cuma wanita yang tabah and kuat jea yang mampu menjalani malayari bahtera hidup berpoligami bersama suami tercinta nan satu sahring by 4... orang kata kalau sanggup sharing suami akan dapat payung mas di alam sana nanti... tapi aku tak sanggup hidup begitu sharing for me make me gering...huhuhu.. aku tak sanggup doh.. lelaki yang aku sayang aku cinta aku kasih aku suka aku rindu bersama dengan orang lain .. berpeluk bermesra2an ber macam2 an lagi lah... aku leh jadi giler bila aku fikir suma tuh nanti.. aku tak sanggup seksa diri aku... aku nak bakal suami aku untuk aku jea bukan untuk di share dengan orang lain... semoga aku di jauh kan...

.......................................................................................................

nanti suatu hari aku dah kawin tetiba suatu hari gak suami aku buat perangai cakap kat aku dia nak kawin gi.. aku tak marah aku tak ngamuk aku tak nak sakit kan kepala aku.. aku jus amek tindakan camni jea...

=========================================

17, Jalan Angkasa,
24300, Langit Lepas,
Marikh.


SUAMIN BIN LELAKI
17, Jalan Angkasa,
24300, Langit Lepas,
Marikh.

5 MEIl 2009

Tuan,


PERKARA :

KELULUSAN PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk:.

2. Setelah menilai fakta-fakta yg telah di berikan dengan sukacitanya permohonan Tuan untuk melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan TELAH DILULUSAN. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini iaitu Cik Siti Nur Zafaiezamila Binti Shahrul Fakrul (bkn nama sebenar)dikehendaki melakukan pemeriksaan lanjutan bagi memastikan kesuburan ditahap maksimun dan mampu memberikan zuriat sebanyak yang mungkin. Setelah meneliti komitmen yang beliau tunjukkan amat baik memuaskan hati pihak pemohon dia dibenarkan mengemudi di dalam organisasi pihak Tuan,dan untuk mengisi kekosongan yang selebihnya Tuan hendaklah mengemukan permohonan baru yang perlu di alamatkan kepada Cik Siti Nur Zafaiezamila Binti Shahrul Fakrul .

3. Untuk makluman pihak Tuan , setelah saya meneliti dan setelah lama saya fikirkan tentang poket Tuan Yang nampaknya semakin kembong sejak kebelakangan ini rasa keyakinan untuk meluluskan permohonan ini amat lah tinggi..

4. Permohonan ini juga diluluskan d iatas keyakinan pihak tuan terhadap keadaan ini hidup Tuan yg semakin mewah, sehinggakan pihak yg dituntut berkemampuan bergaya dgn kemewahan yg tak terhingga yang di tuntut dapat menjadi seperti sekarang iaitu miliki Kereta besar beserta pemandu, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Sehinggakan potongan badan bertukar memjadi 50-50-50 dari gitar kini sudah bertukar menjadi drum. Ini juga menunjukan pihak Tuan berjaya mengembalikan keadaan pihak yg dituntut kepada saiz yang asal.pihak yang dituntut juga dapat mentelaah makanan dari pagi sampai ke malam.mengunyah tanpa henti nya sehinggakan pihak tuan merasa teramat dukacita melihatnya dan amat sakit mata memandangnya.

5.Mengenai waktu bekerja pihak Tuan tidak perlu menggunakan sistem syif kerana semua tugas melayan Tuan akan diserahkan kepada Cik Siti sepenuhnya. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Untuk menambah keuntungan dan kesenanagan pihak Tuan pihak yang dituntut kan mengundurkan diri dengan menyerahkan kuasa mutlak ke tangan Cik Siti dan akan pulang ke negeri asalnya dengan suka rela tanpa paksaan

6. Sebagai balasan kepada kelulusan ini, pihak tuan dikehendaki
i- menukar hak milik salah sebuah rumah dan kereta serta buku bank Tuan ke atas nama
pihak yang di tuntut,
ii- segala perbelanjaan makan dan minum serta keperluan anak2 ditanggung oleh tuan ,
iii- sebahagian dari gaji tuan hendaklah dimasukkan kedalam akaun pihak yg dituntut ,
iv- manakala hak milik sebahagian daripada tanah2 Tuan hendaklah ditukar kepada
anak2 .
v- Selain itu tuntutan yang selebihnya kan di tuntut dari semasa ke semasa mengikut
keadaan.

oleh kerana pihak Tuan akan mendapat keseronokan yang baru diharap syarat 2 yang dikemukakan ini akan disambut dengan dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak Tuan jika tidak balingan seperrti periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk mesin, basuh peti ais @ tv dengan senangnya akan melayang d iatas kepala pihak Tuan ,ataupun lebih teruk segala parang dan gergaji enjin akan beroperasai serta merta . Dan lebih kurang ajar apa bila sepak terajang akan berlaku.

7. Diharap pihak Tuan berpuas hati dgn SYARAT SYARAT yang dikemukakan . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika Tuan menyambut orang baru iaitu Cik Siti Nur Zafaiezamila kedalam hidup Tuan . Sekarang Tuan perlu menjaga dan membelainya dengan manja tanpa gangguan pihak ke-3 dan tanpa ada cemburu di hati Cik Siti Nur Zafaiezamila.

8. Akhir kata, saya harap pihak Tuan berpuas hati dan dapat menerima syarat syarat tersebut.Sekiranya pihak Tuan Tidak bersetuju dengan syarat di atas maka KELULUSAN INI AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA . Semoga pihak Tuan akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya dan SELAMAT BERBAHAGIA KE ANAK CUCU.

Sekian,

Terima Kasih.


"BERKORBAN DAN MENYERAHKAN KEBAHAGIAANRUMAHTANGGA KEPADA ORANG LAIN"



Yang Ikhlas
ISTERI BINTI PEREMPUAN,


p/s: aku tak kan rela melain kan aku terlaksa rela.. tapi aku rela pujuk hati ku sendiri........... aku dapat nih dari seseorang... yg sang suami kasi pada sang isteri tak der dak di delete.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

11 Response to "KUATA KUATO KU TAK RELA"

  1. Beruwang says:
    10/6/09, 9:55 PM

    share kan bagus.. sama rasa sama rata..

  2. sayu=pilu says:
    10/6/09, 9:57 PM

    tak mo tak sanggup.. nanti malam2 macam yang di pikirin aduh .... tak rela

  3. Beruwang says:
    10/6/09, 10:07 PM

    time cuti tu bagi lah orang lain layan... he he he..

  4. sayu=pilu says:
    10/6/09, 10:09 PM

    tak mooooo gak tak leh arsh... hilang 'dia' pun macam nak giler... ni kan pulak hubby ku.. aduh tak sanggup lah pokcik... orang laki bes ler tapi ppuan yang merana...aduyai...

  5. imHepPie says:
    10/6/09, 10:18 PM

    wuu x sanggup berkongis2an..huuu

  6. apan lee says:
    10/7/09, 12:08 AM

    sharing is caring kan. ;P

  7. Anonymous Says:
    10/7/09, 1:35 AM

    aku x mampu ler plak

  8. sayu=pilu says:
    10/7/09, 9:14 AM

    imheppie: ku pun tak sanggup

    arque: banyak lah ko sharing is caring?? untuk ko yea la..

    ah fatt: bahagia bakal wife ko dengar nanti...hehehe

  9. Seroja Jingga says:
    10/7/09, 10:12 PM

    share!? tak ade sape suka..tapi
    kalo itu dah takdir nak wat
    mcmane kan

    *akak suka gile lagu nih!

  10. al-lavendari says:
    10/7/09, 10:24 PM

    jauhnya perancangan, awalnya persediaan dan kreatifnya imaginasi awak.

  11. sayu=pilu says:
    10/7/09, 10:45 PM

    kak jingga: yea.. orang ppuan tak suka tapi orang laki suka bangat...

    al-lavendari: itu lah dilema seorang wanita..hukhukhuk